Monday, March 31, 2008

nasihat dan pesanan



Impian rakyat adalah melihat keadilan dan kesaksamaan


RAKYAT bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas.
Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan. Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil, amanah terhadap harta negara.
Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan. Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terserlah keadilannya.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-
tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar.” Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: “Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai.” Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman.”
Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: “aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya! Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar.” (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy‘ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka.”
Justeru itulah al-‘Adl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada pemerintahan dalam Islam. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung di bawah pemerintahan Islam. Namun, apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan pelaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam menguruskan harta rakyat mereka.
Lihatlah Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu berselisih dengan seorang Yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda Yahudi berkenaan yang hendak dijual. ‘Umar mencubanya sehingga cacat.
Umar berkata kepada Yahudi berkenaan: “Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini.” Kata yahudi berkenaan: “Aku reda dengan Shuraih al-‘Iraqi sebagai hakim.” Shuraih yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. Apabila diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah yang berkuasa: “Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok, maka engkaulah penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak cacat.”
Kerana kes itu, Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh ‘Umar. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqq‘in, 1/109). Ini keadilan dan keinsafan. Seseorang yang adil lagi berkelayakan itu ditabalkan, bukan dipecat. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai kepedihannya oleh pemerintah sendiri.
Prinsip
Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13). Sabda Nabi s.a.w pula: Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).
Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas a‘jam (yang bukan Arab), atau a‘jam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Inilah dasar Islam yang agung. Menghapus kebongkakan atas nama keturunan atau puak, kerana manusia semuanya sama di sisi Tuhan.
Islam agama yang memusuhi sistem kasta yang membeza-beza manusia disebabkan keturunannya. Islam tidak pernah menyatakan keturunan semata mewarisi kemuliaan, tetapi nilai dan sikap seseorang yang memastikan sama ada dia mulia atau sebaliknya.
Justeru itu, manusia tidak menjadi mulia disebabkan pangkat yang dia ditabalkan. Tetapi ketakwaannya. Maka ketakwaan seorang pemimpin adalah apabila dia amanah dan adil terhadap rakyat bawahan. Tidak menyalahgunakan kuasa dan mengambil harta yang bukan haknya. Jika itu berlaku, maka dia adalah pemimpin yang mulia.
Jika tidak, dia seorang yang memecahkan amanah lagi hina. Sekalipun orang memberikan pangkal namanya dengan pelbagai gelaran; Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Namun tiada kehormatan untuknya di sisi Allah jika dia merompak harta rakyat secara senyap atau terang-terangan. Ramai pemimpin yang dari jenis ini, apabila kekuasaannya hilang orang kelilingnya juga pun ‘terbang’. Hilang tak berbayang.
Terbukti bahawa yang bersorak ketika dia berkuasa hanya mengharapkan habuan istimewa yang sebahagiannya adalah harta rakyat jelata. Namun jika pemimpin adil dan berjasa, sehingga hari dia hilang kuasa, rakyat akan terus mengingati dan mengenangnya.
Sekalipun dia tidak lagi dijemput ke majlis-majlis rasmi, namun budinya tetap tersemat di hati. Lebih penting, pemerintahan yang adil itu adalah ibadah yang agung yang bakal dibawa olehnya bertemu Allah pada hari kiamat kelak. Dengarlah apa yang Allah ingatkan Nabi Daud tentang kekuasaan.
Firman Allah: (maksudnya) Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu (surah Sad: 26).
Ketegasan terhadap keadilan adalah prinsip dan syiar pemerintahan Islam. Jangan sampai seseorang pemerintah atau pemimpin menjadikan kuasa jawatannya untuk kepentingan suku sakat atau anak pinak atau sahabat handainya. Sehingga kaum keluarga atau kroninya mendapat keistimewaan apa yang tidak diperoleh oleh rakyat biasa. Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.
Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Janganlah pula kebenciannya kepada sesuatu puak atau golongan menyebabkan dia tidak berlaku adil sedangkan Allah berfirman: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Inilah impian setiap rakyat. Sebab itu maka setiap individu yang berada di bawah naungan kerajaan muslim yang sebenar berasa aman, terbela dan tidak dianiayai. Namun, jika pemerintah mula campur tangan dalam sistem pelaksanaan qada’ (kehakiman) maka keadilan akan menjadi mangsa. Inilah yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq apabila memegang tampuk kuasa: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu.
Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah.
Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Memberikan kesaksamaan dan keadilan untuk semua adalah teras pemerintahan Islam.
kerajaan
Saya kurang setuju jika seseorang memikirkan yang dikatakan kerajaan Islam yang adil itu perkara pertama yang terbayang dalam kepalanya ialah memotong tangan pencuri. Walaupun nas itu ada dalam al-Quran, namun ianya hanya jalan ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman, bukan teras asas pemerintahan. Teras pemerintahan Islam adalah seperti firman Allah: (maksudnya): Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat (surah al-Nisa: 58).
Jelas dari ayat ini menegakkan keadilan di kalangan manusia, memberikan hak kepada yang berhak, amanah terhadap kuasa dan harta yang dipertanggungjawabk an, selalu mengingati Allah dalam melaksanakan kepimpinan adalah asas kerajaan Islam yang adil. Mengapakah kita suka menonjolkan hukum, bukan menonjolkan kerahmatan sistem Islam itu terlebih dahulu?.
Saya amat hiba apabila membaca kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang pelbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang dijauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara.
Aku tahu Tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis.” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144). Betapalah saya hiba menterjemahkan perkataan Umar bin Abd al-Aziz ketika menulis rencana ini.
Terasa kerinduan yang amat dalam untuk melihat dan memiliki kepimpinan yang penuh dengan keikhlasan seperti itu. Aduhai indahnya dunia ini, jika pemerintah jujur lagi takutkan Allah seperti Umar. Maka terpeliharalah kebajikan rakyat dan tersebarlah keadilan untuk semua. Tidaklah lagi kita akan terus mendengar cerita harta negara menjadi warisan keluarga atau sanak saudara, atau sahabat setia.
Bayangkanlah ungkapan ‘Umar dengan sesetengah manusia yang ketika rakyatnya sedang menderita, atau ditimpa kesusahan, dia masih lagi punyai masa bersuka ria bersama keluarga.
Jika pemimpin menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat. Mudah-mudahan rakyat mereka akan tersenyum gembira di dunia dan mereka pula tidak akan menangis lagi pada hari akhirat kelak.
Namun, jika pemimpin asyik ketawa besar di dunia sedangkan rakyat ramai yang menangis derita, pemimpin jenis ini dibimbangi akan menangis besar di hari akhirat.
Wahai para pemimpin, kami sekalian rakyat merindui keadilan, kejujuran dan kesaksamaan dalam pemerintahan kalian. Kami mempunyai hak di dunia untuk bertanya dan memintanya, juga hak di hari akhirat untuk mendakwa dan menuntutnya.
* Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Sunday, February 3, 2008

peringatan kepada yang lupa

*Azamin Amin*Tue Aug 07, 07 09:51:44 AM*KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) -* Rakaman ucapan takziah ditujukan kepadaPeguam Negara Dato' Abdul Ghani atas 'kematian dan terkuburnya' kredibilitibeliau akibat 'lemah hati' minggu lepas dan dipercayai kredibiliti beliaubersama Jabatan Peguam Negara telah sakit tenat sejak 10 tahun lalu.<http://www.harakahd aily.net/ bm/doc/pdf_ harakahdaily. pdf>Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atauwww.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakantelefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.Demikian menurut satu iklan yang disiar dalam akhbar Suara KeADILan, yangmenarik perhatian ramai, secara sinikal dipercayai merujuk kepada sistemperundangan negara khususnya melibatkan jabatan Peguam Negara yang semakindiragui dan dicurigai proses pengendaliannya.Ini juga dikatakan ada kaitan dengan desas desus perletakan jawatan beberapaTimbalan Pendakwa Raya (DPP) Kanan, namun dinafikan Jabatan Peguam Negara.Bagaimanapun mereka mengesahkan ada antara mereka termasuk Ketua BahagianPendakwaan, Dato' Mohd Yusof Zainal Abiden, menerima tawaran lebih baikdaripada luar.Laman web jabatan itu turut menjelaskan, Mohd Yusof dan Ketua Unit KesTerkelas, Salehuddin Saidin mendapat tawaran baik daripada pihak tertentuyang berminat mendapatkan perkhidmatan mereka.[image: Image]Berita Harian melaporkan desas desus di kalangan pengamalundang-undang, beberapa DPP Kanan menghantar surat peletakan jawatan kepadaPeguam Negara kerana tidak berpuas hati dengan , Tan Sri Abdul Gani Patail,dalam beberapa perkara dan ada laporan akhbar yang merujuk desas-desusmengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.Jun lalu, Salehuddin yang pada asalnya mengetuai barisan pendakwaan dalamkes tersebut dikeluarkan daripada mengendalikan kes itu selepas Abdul Ganimendakwa, Salehuddin dilihat bermain badminton dengan hakim yangmengendalikan kes itu, Dato' Mohd Zaki Md Yasin.Tun Majid Tun Hamzah dibantu oleh Manoj Kurup diarahkan pada saat akhirmengendalikan pasukan pendakwaraya sejurus sebelum perbicaraan bermulatempoh hari.[image: Image]Selain itu, Abdul Ghani turut dikritik oleh ramai pihakberikutan isu-isu yang mengaitkan kes-kes 'high-profile' seperti pembebasanTan Sri Eric Chia dalam kes Perwaja Steel, akibat pihak pendakwaan gagalmembuktikan kes tersebut.Ini termasuk dalam kes Altantuya apabila selaku Ketua Pendakwaraya Tun MajidTun Hamzah diberi tanggungjawab utama dalam proses menegakkan keadilan,dilihat lemah berikutan penolakan mahkamah atas kenyataan beberapa saksi dantertuduh.*Kes-kes high profile ditutup oleh AG*[image: Image]Pebagai pihak juga mempertikaikan dakwaan rasuah TimbalanMenteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Mohd. Johari Baharum dan Ketua PolisNegara, Tan Sri Musa Hassan 'dibersihkan' melalui kuasa Peguam Negara (AG)yang memutuskan kes-kes itu ditutup kerana tidak cukup bukti.Abdul Ghani dikritik kerana menggunakan alasan percaya kepada keterangantahanan seperti :"Bagi tiga kertas siasatan yang dibuka, siasatan BPRmendapati pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan tersebut menafikan adamemberi apa-apa wang rasuah..."Ini termasuk yang menimbulkan tandatanya apabila menyatakan: "Sementara itudua lagi kertas siasatan yang dibuka didapati pesalah yang ditahan yangmerupakan saksi penting tidak dapat dikesan oleh pihak BPR setelah merekadibebaskan dari tahanan," kata Abdul Gani.Sebelum ini, mengulas perkembangan berkaitan, AJK PAS Pusat, Hanipa Maidinberkata memang termaktub dalam Perlembagaan Negara Artikel 145 (3) bahawaPeguam Negara mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa atau tidak sesuatu kesyang dilaporkan dan ini secara tidak langsung menunjukkan seolah-olah AGadalah orang yang paling berkuasa dan 'kebal' dalam negara.[image: Image]"Memang kuasa sewajar diberikan luas kepada AG untukmemudahkannya melaksanakan tugas namun AG juga wajar dipantau ataubertanggunjawab kepada parlimen untuk disiasat atau disoal," kata peguam ituyang juga berpendapat peruntukan kuasa AG tersebut wajar dikaji dan disemaksemula."Penafian penjenayah juga tidak boleh terima kerana siapa yang mahu mengakusalah bila buat jahat," katanya yang merujuk kepada alasan AG baru-baru iniyang menutup kes Johari Baharom.Terdahulu turut mengulas isu ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omarberkata AG tidak boleh menutup kes ini semata-mata hanya kerana saksipenting tidak dapat dikesan dan berpandukan kepada penafian pesalah-pesalahyang dikenakan tahanan itu."Memalukan, kerana AG dan BPR tidak berusaha bekerjasama dengan polis danImigresen untuk mencari saksi penting dan ini menjadi bahan ketawa orangramai," katanya yang dihubungi Harakahdaily. net.- mr-- Anda di galakkan menyebarkan berita-berita alternatif ini kepadarakan-rakan anda sebanyak yang mungkin.Adalah merugikan jika ianya cuma tersimpan di kotak email anda tanpadisebarkan.Hidup BA ! Undi BA.[Non-text portions of this message have been removed]





*Ismail Hashim*Sat Aug 18, 07 05:26:31 PM*SEREMBAN, 18 Ogos (Hrkh)–* Rakyat Malaysia khususnya umat Islam wajarmenilai semula asas kemerdekaan negara setelah selama ini dirundung denganberbagai perkembangan negatif.<http://www.korbanaqiqah.com.my/v2/>Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atauwww.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakantelefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.Saban hari didedahkan berlakunya krisis moral remaja, pembunuhan, kerosakanharta benda, penyelewengan, rasuah, kemalangan jalan raya, peningkatanjumlah penagih dadah dan hilangnya rasa kasih sayang serta hormat pada nilaikemanusiaan.Penyebab pada semuanya ini, adalah berpunca dari kesilapan tidak meletakkanasas kemerdekaan itu di atas paksinya yang sebenarnya iaitu mensyukurinikmat kemerdekaan itu dengan membalas semula dengan menunaikan segalakehendak dan perintah Allah SWT.Perkara ini utarakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din,ketika berucap di dalam forum sempena Karnival Kemerdekaan peringkat PASNegeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail dekat sini.Karnival selama tiga hari tiga malam bermula 17 hingga 19 Ogos itudianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan yang dirasmikan olehPesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Saudara Zulkifli Mohamad Omar sebelum forumbermula.Turut menjadi panelis dalam forum adalah Naib Presiden PAS, Dato' Haji HusamMusa dan AJK PAS Pusat, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dengan dipengerusikan olehUstaz Wan Azhar Ahmad.Husam menghuraikan perbandingan sejarah kemerdekaan negara, apa yang berlakukini menjelaskan lagi tentang kelemahan pucuk pimpinan negara dengan menjualnegara pada orang asing dengan cara yang lebih terhormat.Beliau menyebutkan tentang sikap Perdana Menteri sekarang yang mengajakrakyat bekerja bersama-samanya tetapi dengan siapa beliau melancong ke luarnegara sebanyak 84 kali sejak mula memegang jawatan itu."Apa yang hendak dibanggakan dengan omong modal insan Malaysia kerana kinijumlah penghidap HIV seramai lebih 90 ribu orang sedangkan Australia denganpenduduk yang sama, hanya mempunyai 8 ribu sahaja penghidap penyakit itu",tegasnya.Hasan Ali pula berbicara tentang wajah kemerdekaan negara ini diwarnaikanmengikut kehendak Umno BN menyebabkan segala yang bertentangan dengannyaakan disisihkan.Bagaimanakah bentuk jiwa merdeka boleh diwujudkan dengan baik dan hebat didalam negara ini selagi mana Umno BN melakukan segala kerja-kerja beginimenyebabkan sejarah moden kita telah dicemari, soalnya."PAS yakin rakyat dapat melihat dengan jelas apa yang dilakukan oleh Umno BNini sehingga menafikan segala hak-hak kebenaran yang sepatutnya menjadiamalan dalam sebuah negara merdeka."Keadilan pula merupakan batu permata berharga dalam sebuah negara merdekatetapi semuanya ini tidak berlaku terutamanya tentang perimbangan di dalammenyiarkan berita antara pemimpin kerajaan dan pembangkang di semua mediamassa."Semua negara barat, malah di sebahagian negara Afrika termasuk di Indonesiasendiri membenarkan berita-berita par ti pembangkang disiarkan secara adildi dalam akhbar dan televisyen mereka, keadaan itu tidak berlaku di negaraMalaysia yang merdeka ini," tegasnya.Sementara itu Zulkifli berkata, karnival bertemakan Selamatkan Malaysia itusepanjang tiga hari tiga malam ini akan dipenuhi dengan pameran dan geraiberbagai barang akan berlangsung sepanjang masa, sukan rakyat dan bolasepak.Pada malam ini, akan diadakan persembahan Gema Syahdu oleh Ustaz Akhil Hayydan malam terakhir, ceramah oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara SalahudinAyub, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Takiyuudin Hassan dan AJK PASPusat, Ustaz Ghani Samsuddin. - mr[Non-text portions of this message have been removed]Setiap kawasan : matlamat 100 cawangan - Setiap cawangan : minima 50 ahli.Kesemua kawasan/cawangan internet connected. Menghadapi Tekanan umno/bn ke atas sistem penyebaran maklumat benar. Perkukuhkan keupayaan IT.